Ahad, 5 Disember 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah kpd semua kengkawan...Semoga tahun ini akan bertambah baik dari tahun yang sudah....

Jumaat, 24 September 2010

Jemputan Majlis Rumah Terbuka JPAM Kinta.

Saya bagi pihak warga dan pasukan JPAM Kinta menjemput semua rakan-rakan ke majlis Rumah Terbuka kami yang akan diadakan seperti butiran di bawah. Setiap unit-unit kecil di bawah naungan JPAM kinta akan membuka gerai pada majlis tersebut. Majlis akan diserikan dengan persembahan Liveband dan cabutan nombor bertuah.. Semua adalah dijemput hadir menyeri dan memeriahkan majlis kami ini..

Tarikh : 01 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2030H
Tempat : Perkarangan JPAM Ipoh

Rabu, 8 September 2010

Bertudung dimurkai Nabi?













Gambar hiasan.


Sejak kebelakangan ni muncul fesyen baru iaitu bersanggul dalam tudung.
Cubalah baca terjemahan hadith di bawah ni, Kita tak nak komen lebih-lebih. Jadi renung-renungkan lah... dan buat buatlah penilaian sendiri atau rujuk kepada yang arif untuk dapatkan tafsirannya. Yang Kita tahu, berguru kena dengan tok guru, jika berguru dengan bahan bacaan shj, syaitan ada bersama....

Rasulullah s.a.w bersabda:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim.

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya



Selamat Hari Raya tuk semua rakan2 yang singgah ke blog ini. Minta ampun dan maaf zahir dan batin..
Posted by Picasa

Isnin, 30 Ogos 2010

Merdeka

Salam kemerdekaan untuk semua rakan2..

Sempena kemerdekaan ini sama2lah kita muhasabah akan diri kita. Kenalilah diri kita. Adakah kita benar2 telah merdeka dan tidak dijajah lagi. Merdekakah kita dari pengaruh luar. Lihatlah di sekeliling kita, anak2 kita, sanak saudara kita, rakan2 kita. Adakah mereka juga telah merdeka.

Merdeka pada kata2 yg lahir dr mulut tetapi jiwa kita masih dijajah. Lihatlah pada kemerdekaan yg kita laungkan setiap tahun, benar2kah kita telah merdeka. Dari segi percakapan, pakaian dan cara hidup kita, adakah kita benar2 telah merdeka.

Pikir lah wahai rakan2 ku.....Apakah erti kemerdekaan pada diri kita sebenarnya

Ahad, 22 Ogos 2010

Majlis berbuka puasa PARTS bersama anak yatim & tahfiz



Teman kena buli oleh Kaki Buli Parts

Tanggal 21hb Ogos 2010, sekali lagi Parts mengadakan majlis bebuka puasa dan more bersama anak yatim tetapi kali ini diserikan lagi dengan kehadiran adik-adik tahfiz kita. Tahniah rakan-rakan dan tahniah Parts atas kejayaan majlis yang murni ini..Terima kasih kepada rakan-rakan yang berpenat lelah menjayakan majlis ini. Jasa anda amat dihargai.
Anak yatim dari Simpang Pulai
Tahfiz dari Gugusan Manjoi

Khamis, 20 Mei 2010

Mesyuarat Agung Tahunan PARTS


MESYUARAT AGUNG PARTS YANG KEEMPAT 2010

TEMPAT : WAKAF PARTS, NO 561 & 562 JALAN SILIBIN, IPOH. PERAK
TARIKH : 23/05/2010

MASA : 9.00AM - 1.00PM


SEMUA AHLI AHLI PARTS DI JEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT INI. TERIMA KASIH.

p/s - bagi pihak parts

Selasa, 11 Mei 2010

Perkhemahan KAPA Kinta Utara

Pada 7-9 Mei 2010, satu perkhemahan kadet-kadet Pertahanan Awam peringkat Kinta Utara telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Pos Raya. Seramai 89 pelajar, 22 guru pengiring serta 20 jurulatih dari JPAM telah berkampung di sini.
Pelbagai aktiviti dan acara dijalankan sepanjang perkhemahan ini bagi menguji semangat kerjasama antara peserta serta daya ketahanan dan yakin diri peserta. Pada sebelah pagi hari kedua perkhemahan pelajar telah memasuki hutan behampiran tapak perkhemahan untuk menguji ketahanan fizikal. Pelajar juga diajar untuk mengenali tumbuhan hutan yang boleh dijadikan makanan atau ubatan serta memupuk sikap sayangkan alam sekitar.
Pada sebelah petang pula, pelajar-pelajar ini sekali lagi diujikan dengan ketahanan fizikal dan mental. Kali ini pelajar terpaksa menyeberangi sungai hanya menggunakan tali yang direntas sepanjang sungai.
Pada sebelah malam pula, acara malam kebudayaan diadakan dimana pelajar-pelajar ini telah memilih satu tajuk mengikut kumpulan masing-masing untuk dipersembah dan dipertonton oleh jurulatih serta guru pengiring. Turut hadir menyaksikan persembahan ini adalah Timbalan Pelajaran PPD Kinta Utara. Malam kebudayaan ini juga diserikan lagi persembahan karaoke dari wakil kumpulan , jurulatih dan guru pengiring. Tepat jam 12 malam acara berakhir dan pelajar dibenarkan masuk ke khemah masing-masing. Belum pun mata terlelap, tepat jam 2 pagi pelajar-pelajar ini dikejut dan dibangunkan dari tido dan berbaris bagi mengira kekuatan peserta. maka bermula malam giler lagi mengiler bagi pelajar ini..... Program hari ke 2 berakhir tepat jam 5 pagi. Hehe ..ini bermakna hanya 2 jam sahaja pelajar ini dapat tidur. Kesian kan
Hari ke 3 bermula seperti biasa, bangun jam 6 pagi mandi dan solat. Kali ini pelajar di beri kelas pertolongan cemas dimana pelajaran CPR sahaja diberi penekanan pada pagi hari ke 3. Tepat jam 12 tengahari bermula acara penutupan kursus dan perkhemahan berakhir jam 2 petang..Walaupun perkhemahan ini singkat tetapi penghayatan nya di harap dapat dipraktikkan oleh pelajar-pelajar ini. Rata-rat pelajar semua berpuas hati dan ingin hadir lagi jika ada perkhemahan akan datang.










Posted by Picasa

Rabu, 7 April 2010

Latihan Medan PERSPA UITM Seri Iskandar

Pada 2 hingga 4 Mac 2010, Sekali lagi teman dan XYL serta team Penyelamat Tempat Tinggi JPAM Ipoh sekali lagi dipanggil untuk megajar dan melatih pelajar2 dari PERSPA UITM kaedah dan teknik2 menyelamat di tempat tinggi. Latihan ini kali ini dijalankan di Kem Biro Tata Negara Ulu Kenas. Seramai 42 pelajar mengambil bahagian. Sepanjang latihan pelajar diterapkan keyakinan keberanian pada diri sendiri.

Tengah tunggu mangsa humbanan pertama

Wajah2 ceria sewaktu baru nak lapor diri

melangkah ke tempat tido

tengah tunggu kunci bilik

tengah mengadap menara 40kaki..gayat rupa nyer

9w2FDS tgh menung tunggu terjunan pertama

Peserta pertama yng menyahut panggilan menara

Race sape yang sampai dulu

Peserta terakhir selamat turun

Ada hati nak turun kepala dulu

Antara yang ter"GAYAT"

Malam persembahan



Detik menanti acara jungle tracking

Possing sebelum pacat menyerang


Wajah keletihan merntas hutan.bukan jauh pun 5km jer

Acara membuang pacat dari kaki dan badan


Bermanja dengan peserta rebutan ramai...hehe





Posted by Picasa

Selasa, 23 Mac 2010

Sambutan Hari Pertahanan Awam peringkat Kebangsaan kali ke 58

Pada 18 hingga 22 Mac 2010, teman, xyl dan rakan2 telah berkampung di Alor Setar, Kedah bagi menyambut sambutan Hari Pertahanan Awam Malaysia kali ke 58. Sambutan yang diadakan setiap tahun bagi menghargai dan meredakan tekanan yang dihadapi sepanjang tahun. Sepanjang tahun hanya mengenal kes dan tugas sekali sekala dapat bersukan agak menyeronokkan. Tiga acara sukan diadakan iaitu Bola Tampar, Bola Jaring dan Futsal. Teman menyertai Bola Tampar manakala xyl teman bermain Bola Jaring dan 9W2AFM bermain futsal.
Antara peserta kontigen Perak

Pasukan Bola Jaring JPAM Perak

Pasukan Bola Tampar JPAM Perak

Mencari mata kemenangan

XYL teman dan swal azira

antara peserta kontingen JPAM Perak
Posted by Picasa